Monday, March 23, 2009

PENDEKATAN TEMUDUGA


PENDEKATAN TEMUDUGA


1.TEMUDUGA BERASASKAN KELAKUAN

Untuk melihat tingkah laku,gelagat dan perwatakan sebenar calon.


2.TEMUDUGA BERASAKAN KEPADA ISU

Kemampuan calon,mengupas dan menyelesaikan isu-isu dikemukakan.


3.TEMUDUGA BERASASKAN KUMPULAN

Untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan dan kerja berkumpulan.


4.TEMUDUGA BERASASKAN TEKANAN STRESS

Untuk melihat ketahanan diri calon dalam situasi–situasi yang tertentu.






OBJEKTIF PENEMUDUGA



Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.



Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga
Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :



  1. Kebolehan berkomunikasi yang baik .

  2. Mempunyai kelayakan yang relevan.

  3. Bersemangat.

  4. Berinisiatif .

  5. Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik.

  6. Berwatakan Menarik.


Terdapat lima perkara yang lazimnya ditanya penemuduga kepada kita


1.PENGUASAAN BAHASA KEDUA.


-Menunjukkan keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan individu yang berlainan budaya.



2.PENCAPAIAN TERBAIK.


-Tunjukkan pencapaian anda yang terbaik terutamanya dalam bidang kerja yang dipohon.



3.KEMAHIRAN TEKNIKAL.


-Kemahiran tertentu, yang menjadi nilai tambah kepada anda, yang dapat meningkatkan kualiti kerja yang dipohon.



4.IMEJ KENDIRI.


-Kekuatan diri sendiri, contohnya boleh bekerja dengan baik walaupun tanpa pengawasan. (Disiplin, Dedikasi, Konsisten)



5.PENGETAHUAN AM.


-Pengetahuan selain bidang kerja, menunjukkan anda peka terhadap perkembangan dunia sekeliling.





TEMUDUGA PEKERJAAN

TEMUDUGA PEKERJAAN



Tujuan utama temuduga sebenarnya ialah bukan untuk melihat tentang kelayakan akedemik calon, tetapi bertujuan untuk menilai kebolehan calon dalam berkomunikasi, perwatakan calon, dan pengetahuan. Calon yang dipanggil untk ditemu duga, bolehlah dikatakan telah layak dari segi akademiknya. Temuduga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.




1)Perancangan Penemuduga


Sebelum temuduga dijalankan, pihak organisasi akan memastikan agar matlamat temu duga tercapai dan hanya calon yang terbaik akan dipilih.



· Menilai latar belakang calon


Panel menemuduga akan menilai calon dari segi pendidikan dan latar belakang. Ini bermakna, calon perlu bersedia dengan soalan yang akan ditanya berdasarkan semakan daripada pendidikan dan pengalaman calon.



span lang="SV" >· Mengemukan soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon


Panel biasanya akan bertanya soalan yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk huraian. Contohnya, jika calon untuk jawatan pengurus pemasaran, soalan yang ditanya ialah “ apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar jualan barangan?”.



· Mengemukan soalan yang tidak formal


Panel kadang-kadang akan bertanya pendapat calon tentang sesuatu isu yang di luar skop jawatan. Umpamanya, tentang isu-isu semasa. Calon akan dinilai sejauh manakan kepekaan dan pengetahuan tentang hal tersebut. Kegagalan memberikan jawapan yang baik akan memberi persepsi negatif kepada para panel.



· Huraian tentang kerja dan organisasi


Calon biasanya diminta menghuraikan serba-sedikit tentang kerja yang bakal dilakukan untuk menguji pemahaman calon terhadap jawatan yang dipohon. Panel juga biasanya akan menduga pengetahuan calon tentang organisasi yang dipohon seperti jawatan-jawatan utama, dan misi dan visi organisasi.






2) Sesi Temuduga

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa temuduga dijalankan ialah:

pperwatakan/penampilan


Penampilan calon akan dinilai bermula calon masuk ke bilik temuduga. Antaranya termasuklah kekemasan diri, cara berpakaian, bahasa badan, keyakinan diri. Penampilan ini menggambarkan personaliti calon dan ia memberi persepsi pertama kepada penemuduga. Persepsi pertama yang baik akan memberi kelebihan kepada calon tersebut.



· Berkomunikasi


Calon perlu membina suasana yang rapat dan mesra dengan ahli panel. Suasana ini perlu dibina bagi memecah suasana formal yang akan membuatkan komunikasi berjalan dalam keadaan tegang dan segan. Kemesraan ini memberi keselesaan kepada calon dan menghilangkan kegugupan, lalu calon mampu menjawab soalan dengan baik dan teratur.



· Kelayakan akademik dan pengalaman


Semasa sesi temuduga dijalankan, panel biasanya akan menyemak dan meneliti lebih terperinci tentang kelayakan akademik dan pengalaman calon. Ini untuk memastikan calon tersebut benar-benar sesuai dengan jawatan yang akan dipegangnya.



· Kesesuaian calon dengan organisasi


Semasa sesi temuduga, panel dapat menilai kesesuaian calon dengan organisasi tersebut. Ini dapat dilakukan melalui pertanyaan soalan-soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon. Ahli panel yang bijak akan dapat mengesan dan mengenal pasti calon dan seterusnya membuat keputusan pemilihan.







3) Kaedah Temuduga

Temuduga akan dikendalikan dengan beberapa kaedah, bergantung pada jenis jawatan yang dipohon. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah temuduga seorang dengan seorang, temuduga berkumpulan dan temuduga panel.




  • Temuduga seorang dengan seorang

Kaedah ini biasanya digunakan untuk jawatan yang menjurus kepada bukan pengurusan seperti kerani, jurutaip, operator pengeluaran atau juruteknik.




  • Temuduga berkumpulan

Kaedah ini digunakan apabila terdapat ramai calon yang berkelayakan




  • Temuduga panel (board interview)

Kaedah ini mejuruk kepada seorang calon ditemuduga oleh beberapa orang wakil organisasi. Sesi temuduga sebegini memberi lebih tekanan kepada calon kerana terpaksa berhadapan dengan panel penemuduga secara berseorangan. Calon harus bijak mengawal suasana dan diri walaupun dalam keadaan tidak selesa. Jawatan yang dipohon bagi temuduga sebegini biasanya ialah jawatan profesional seperti jurutera, pensyarah, dan guru.



PENYEDIAAN RESUME

PENYEDIAAN RESUME

1. Jangan hantar resume tanpa surat pengenalan diri (CV)

2. Kemas & teratur. Taipkan. Jangan hantar yang fotostat.

3. Sedaya upaya buat dalam satu muka.

4. Tulis sendiri, jgn terlalu besarkan keupayaan diri.

5. Elakkan foto, lukisan. Mesti formal. Senang dibaca.

6. Fokus bidang kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon.

7. Gunakan nombor atau garisan supaya kemas.

8. Tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan.

9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tak penting.

10. Buat draf dulu dan minta beberapa orang periksa.

BUTIRAN-BUTIRAN PENTING DALAM RESUME.

  • ISI KANDUNGAN -Letakkan jika perlu.

  • ASAS -Jangan lupa tuliskan nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

  • OBJEKTIF. -Matlamat kerjaya, dan kemahiran.

  • PENDIDIKAN. Text Color -Senaraikan semua kelulusan akademik

  • KEMAHIRAN KHUSUS. -Contohnya, Bahasa Asing, Komputer.

  • AKTIVITI. -Hobi, Kerja sukarela yang dilakukan.

  • PENGALAMAN KERJA. -Ingat, jangan sesekali memberi ulasan yang negatif tentang pengalaman kerja lepas.

  • RUJUKAN. -Sertakan nama individu yang boleh memberikan maklumat dan keterangan berkaitan diri anda. Contoh individu rujukan, Pengurus, Pensyarah.