Monday, March 23, 2009

TEMUDUGA PEKERJAAN

TEMUDUGA PEKERJAAN



Tujuan utama temuduga sebenarnya ialah bukan untuk melihat tentang kelayakan akedemik calon, tetapi bertujuan untuk menilai kebolehan calon dalam berkomunikasi, perwatakan calon, dan pengetahuan. Calon yang dipanggil untk ditemu duga, bolehlah dikatakan telah layak dari segi akademiknya. Temuduga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.




1)Perancangan Penemuduga


Sebelum temuduga dijalankan, pihak organisasi akan memastikan agar matlamat temu duga tercapai dan hanya calon yang terbaik akan dipilih.



· Menilai latar belakang calon


Panel menemuduga akan menilai calon dari segi pendidikan dan latar belakang. Ini bermakna, calon perlu bersedia dengan soalan yang akan ditanya berdasarkan semakan daripada pendidikan dan pengalaman calon.



span lang="SV" >· Mengemukan soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon


Panel biasanya akan bertanya soalan yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk huraian. Contohnya, jika calon untuk jawatan pengurus pemasaran, soalan yang ditanya ialah “ apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar jualan barangan?”.



· Mengemukan soalan yang tidak formal


Panel kadang-kadang akan bertanya pendapat calon tentang sesuatu isu yang di luar skop jawatan. Umpamanya, tentang isu-isu semasa. Calon akan dinilai sejauh manakan kepekaan dan pengetahuan tentang hal tersebut. Kegagalan memberikan jawapan yang baik akan memberi persepsi negatif kepada para panel.



· Huraian tentang kerja dan organisasi


Calon biasanya diminta menghuraikan serba-sedikit tentang kerja yang bakal dilakukan untuk menguji pemahaman calon terhadap jawatan yang dipohon. Panel juga biasanya akan menduga pengetahuan calon tentang organisasi yang dipohon seperti jawatan-jawatan utama, dan misi dan visi organisasi.






2) Sesi Temuduga

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa temuduga dijalankan ialah:

pperwatakan/penampilan


Penampilan calon akan dinilai bermula calon masuk ke bilik temuduga. Antaranya termasuklah kekemasan diri, cara berpakaian, bahasa badan, keyakinan diri. Penampilan ini menggambarkan personaliti calon dan ia memberi persepsi pertama kepada penemuduga. Persepsi pertama yang baik akan memberi kelebihan kepada calon tersebut.



· Berkomunikasi


Calon perlu membina suasana yang rapat dan mesra dengan ahli panel. Suasana ini perlu dibina bagi memecah suasana formal yang akan membuatkan komunikasi berjalan dalam keadaan tegang dan segan. Kemesraan ini memberi keselesaan kepada calon dan menghilangkan kegugupan, lalu calon mampu menjawab soalan dengan baik dan teratur.



· Kelayakan akademik dan pengalaman


Semasa sesi temuduga dijalankan, panel biasanya akan menyemak dan meneliti lebih terperinci tentang kelayakan akademik dan pengalaman calon. Ini untuk memastikan calon tersebut benar-benar sesuai dengan jawatan yang akan dipegangnya.



· Kesesuaian calon dengan organisasi


Semasa sesi temuduga, panel dapat menilai kesesuaian calon dengan organisasi tersebut. Ini dapat dilakukan melalui pertanyaan soalan-soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon. Ahli panel yang bijak akan dapat mengesan dan mengenal pasti calon dan seterusnya membuat keputusan pemilihan.







3) Kaedah Temuduga

Temuduga akan dikendalikan dengan beberapa kaedah, bergantung pada jenis jawatan yang dipohon. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah temuduga seorang dengan seorang, temuduga berkumpulan dan temuduga panel.




  • Temuduga seorang dengan seorang

Kaedah ini biasanya digunakan untuk jawatan yang menjurus kepada bukan pengurusan seperti kerani, jurutaip, operator pengeluaran atau juruteknik.




  • Temuduga berkumpulan

Kaedah ini digunakan apabila terdapat ramai calon yang berkelayakan




  • Temuduga panel (board interview)

Kaedah ini mejuruk kepada seorang calon ditemuduga oleh beberapa orang wakil organisasi. Sesi temuduga sebegini memberi lebih tekanan kepada calon kerana terpaksa berhadapan dengan panel penemuduga secara berseorangan. Calon harus bijak mengawal suasana dan diri walaupun dalam keadaan tidak selesa. Jawatan yang dipohon bagi temuduga sebegini biasanya ialah jawatan profesional seperti jurutera, pensyarah, dan guru.



1 comment:

  1. thanks... kaedah temuduga yg lain ade tak??? temuguda komputer,rakaman,tekanan,preview pekerjaan secara realistik..???

    ReplyDelete