Monday, March 23, 2009

TEMUDUGA DI LUAR NEGARA

TEMUDUGA DI LUAR NEGARA

1.JEPUN

Cara Jepun lebih kurang sama dengan cara Amerika Selatan, tetapi mempunyai perbezaan ketara dari segi ‘Human Resource’ dan falsafah kerja. Terdapat tiga perkara yang diambil kira ketika mencari calon yang berkaliber.

Tidak Menilai Kebolehan Berbahasa Inggeris.

Boleh berbahasa Inggeris di Jepun, tidak semestinya boleh melakukan kerja yang berkualiti. Di Jepun, bahasa Inggeris bukanlah menjadi keutamaan. Biarpun anda graduan dari universiti terkenal di Amerika Syarikat, belum tentu anda akan diberi layanan istimewa.

Apa yang dilihat adalah bagaimana anda melakukan kerja yang diberi, dan bagaimana anda dapat menaikkan nama syarikat. Perkara ini tidak berlaku di Amerika Selatan, dan juga di Eropah. Negara-negara ini masih menitikberatkan kebolehan berbahasa Inggeris sebagai salah satu kriteria penting.

Budaya Kerja

Mereka menitikberatkan kerja kumpulan. Dan budaya kerja di sana jarang mementingkan diri sendir. Sebagai contoh, jika Mr.Suzuki berjaya menaikkan keuntungan syarikat sebanyak 40%, dia akan melibatkan semua pekerja yang terlibat dalam proses kerja tersebut, sebagai menghargai jasa ahli-ahli kumpulan.

Jepun juga sangat menitikberatkan autoriti di dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, calon temuduga kadangkala akan menjawab ‘faham’ walaupun sebenarnya dia tidak faham apa yang diperkatakan oleh penemuduga. Mereka menganggap bahawa penemuduga adalah seorang yang berkuasa dan patut dihormati.

Memahami Cara Komunikasi.

Jarak individu sangat penting di Jepun. Penemuduga jarang berdiri atau duduk terlalu rapat dengan calon, kerana ini akan membuatkan masing-masing akan berasa kurang selesa.

2.CHINA

Seperti Jepun, China juga mementingkan ketepatan masa. Kita juga perlu bersedia dengan segala maklumat tentang syarikat yang menemuduga. Bila bertemu penemuduga pula pastikan menyebut namanya dengan penuh (termasuk nama keluarga). Disamping itu jangan lupa menyebut MR, MRS, atau MS.

Perkara yang paling penting di China adalah kita perlu bersedia untuk berbahasa cina, kerana jarang sekali temuduga dijalankan di dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, perlu ada pengetahuan tentang budaya di China dan budaya masyarakat setempat mereka.

Tentang pakaian pula, China tidak terlalu mementingkan pakaian yang lengkap. Contohnya, memakai kemeja dengan leher terbuka (tanpa tali leher), adalah diterima ketika musim panas. Selagi mana ia kemas, ia akan diterima.

3. RUSSIA

Russia adalah satu negara yang sangat mementingkan budaya, tradisi dan sejarah negara mereka. Mereka akan lebih tertarik jika anda tahu berkenaan komposer, pelukis atau fakta

sejarah mereka. Pengetahuan tambahan ini sangat diberi penghargaan.

Di Russia, biasanya terdapat lebih daripada satu peringkat temuduga iaitu, selepas temuduga dengan pengurus sumber manusia, anda akan ditemuduga oleh pengurus jabatan atau penyelia pula.

Ketika menjawab soalan, elakkan menggunakan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Mesti memberi jawapan dengan mengulas sedikit dengan menggunakan ayat sendiri.

SUMBER:

1. Interviewing in Japan

http://findarticles.com/p/articles/mi_m3495/is_n8_v43/ai_20897600/pg_5?tag=content;col1 –diperolehi pada 13 Mac 2009

2. Chinese job interview

http://www.jobera.com/job-interviews/international-job-interviews/china/chinese-job-interview.htm - diperolehi pada 13 Mac 2009

3. Russian job interview

http://www.jobera.com/job-interviews/international-job-interviews/russia/russian-job-interview.htm -diperolehi pada 13 mac 2009

No comments:

Post a Comment