Monday, March 23, 2009

PENGENALAN

PENGENALAN

Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang calon berjaya di dalam temuduga.Banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi samaada faktor dalaman atau luaran. Antara faktor dalaman ialah seperti keyakinan diri,kebolehan berinteraksi dan sebagainya manakala faktor luaran seperti tatakelakuan,adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi. Didalam pembentangan ini, akan dinyatakan beberapa informasi, tips, dan panduan dalam menghadapi temuduga.

SUMBER :

Buku ‘PANDUAN & TIPS TEMUDUGA’ (m/s. 1) terbitan Jabatan Tenaga Kerja,Kementerian Sumber Manusia.

PROSES PEMILIHAN

Proses pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin terperinci proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederahana atau kecil, temuduga dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan, matlamat masih sama iaitu memadamkan pekerja dengan pekerjaan yang sesuai.

CARTA PROSES PEMILIHAN.

1.CALON-CALON DALAM PENGAMBILAN.

Amalan pengambilan adalah bertujuan untuk menarik minat sekumpulan pemohon pekerjaan supaya memohon sebarang kekosongan jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Di sini, berlaku proses pemilihan pekerja untuk menapis jumlah calon kepada calon yang benar-benar layak dan terpilih sahaja.

2. MENILAI BORANG PERMOHONAN.

Kebanyakkan organisasi memerlukan calon yang ingin memohon jawatan, mengisi borang permohonan. Borang ini memudahkan organisasi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan calon tersebut. Borang yang lengkap diisi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, berpotensi untuk dipanggil ke temuduga.

3. UJIAN-UJIAN PEMILIHAN

Ujian-ujian yang dijalankan semasa proses pemilihan memainkan peranan penting dalam mengenalpasti calon-calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Antara ujian yang dijalankan oleh organisasi di Malaysia ialah ujian kecergasan minda, ujian pengetahuan pekerjaan dan ujian personaliti.

4. TEMUDUGA

Temuduga ialah kaedah yang paling penting yang biasa digunakan oleh kebanyakkan organisasi di Malaysia. Ini kerana melalui temuduga, organisasi amat berharap mereka dapat mengenali perwatakan dan keupayaan calon yang sebenar bagi menentukan kesesuaian dengan pekerjaan yang dipohonnya.

5. SEMAKAN LATARBELAKANG.

Organisasi akan membuat keputusan pemilihan awal setelah proses temuduga dijalankan. Calon-calon yang berjaya melepasi temuduga, perlu melalui satu proses lagi sebelum keputusan akhir dibuat. Proses tersebut ialah semakan latar belakang dan rujukan calon. Antara eleman yang biasa disemak ialah pengalaman kerja, pendidikan, rekod jenayah, dan laporan penilai.

6. KEPUTUSAN PEMILIHAN

Calon yang berjaya akan dihubungi melalui talian telefon atau surat. Biasanya organisasi di Malaysia menghantar surat terus kepada calon yang berjaya. Antara perkara utama yang terkandung dalam surat tawaran ialah:

  • Pampasan dan faedah
  • Syarat-syarat tawaran
  • Tarikh melaporkan diri
  • Tangga gaji

7. PEMERIKSAAN FIZIKAL

Calon yang menerima tawaran pekerjaan tersebut diminta untuk melakukan pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan atau swasta. Tujuan utama pemeriksaan perubatan adalah untuk memastikan bahawa calon dalam keadaan sihat sebelum memulakan pekerjaan dengan organisasi baru.

8. LAPOR DIRI

Calon akan melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, pekerja baru akan menjalani kursus induksi yang dijalankan oleh organisasi. Induksi penting untuk memperkenalkan budaya kerja kepada pekerja baru. Antara perkara utama yang diperkenalkan ialah polisi syarikat, peraturan, matlamat, visi, pembangunan kerjaya dan tanggungjawab pekerja.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment