Saturday, March 28, 2009

Monday, March 23, 2009

KUMPULAN DODOL


KUMPULAN DODOL

S.M. PENGURUSAN –POLISI DAN SEKITARAN SOSIAL

SEMESTER 2 – 2008/2009 (DIS)

AHLI KUMPULAN :

  1. NOOR ELIANA BT MOHD ZULKAFLI - UK17606
  2. SHAIDATUL FATIHAH BINTI RAMLI -UK17559
  3. ROSLAILY BINTI MOHD ZAINUDIN - UK17611
  4. NOR HAPIZAH BINTI AWANG KECHIK - UK17562
  5. NORMAIZAM BT AYUB - UK17675
  6. NOR HANUM BTE KASSIM - UK17282
  7. ROSBAIRIN BTE ROSALAND - UK18192
  8. SITI KHADIJAH BTE REMAT - UK18165
  9. FAZLISHARNI BT JALI - UK17640
  10. MUHAMMAD AFIFUDDIN BIN HASHIM - UK18435

PENGENALAN

PENGENALAN

Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang calon berjaya di dalam temuduga.Banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi samaada faktor dalaman atau luaran. Antara faktor dalaman ialah seperti keyakinan diri,kebolehan berinteraksi dan sebagainya manakala faktor luaran seperti tatakelakuan,adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi. Didalam pembentangan ini, akan dinyatakan beberapa informasi, tips, dan panduan dalam menghadapi temuduga.

SUMBER :

Buku ‘PANDUAN & TIPS TEMUDUGA’ (m/s. 1) terbitan Jabatan Tenaga Kerja,Kementerian Sumber Manusia.

PROSES PEMILIHAN

Proses pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan ini banyak bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin terperinci proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederahana atau kecil, temuduga dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan, matlamat masih sama iaitu memadamkan pekerja dengan pekerjaan yang sesuai.

CARTA PROSES PEMILIHAN.

1.CALON-CALON DALAM PENGAMBILAN.

Amalan pengambilan adalah bertujuan untuk menarik minat sekumpulan pemohon pekerjaan supaya memohon sebarang kekosongan jawatan yang terdapat dalam sesebuah organisasi. Di sini, berlaku proses pemilihan pekerja untuk menapis jumlah calon kepada calon yang benar-benar layak dan terpilih sahaja.

2. MENILAI BORANG PERMOHONAN.

Kebanyakkan organisasi memerlukan calon yang ingin memohon jawatan, mengisi borang permohonan. Borang ini memudahkan organisasi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan calon tersebut. Borang yang lengkap diisi dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, berpotensi untuk dipanggil ke temuduga.

3. UJIAN-UJIAN PEMILIHAN

Ujian-ujian yang dijalankan semasa proses pemilihan memainkan peranan penting dalam mengenalpasti calon-calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Antara ujian yang dijalankan oleh organisasi di Malaysia ialah ujian kecergasan minda, ujian pengetahuan pekerjaan dan ujian personaliti.

4. TEMUDUGA

Temuduga ialah kaedah yang paling penting yang biasa digunakan oleh kebanyakkan organisasi di Malaysia. Ini kerana melalui temuduga, organisasi amat berharap mereka dapat mengenali perwatakan dan keupayaan calon yang sebenar bagi menentukan kesesuaian dengan pekerjaan yang dipohonnya.

5. SEMAKAN LATARBELAKANG.

Organisasi akan membuat keputusan pemilihan awal setelah proses temuduga dijalankan. Calon-calon yang berjaya melepasi temuduga, perlu melalui satu proses lagi sebelum keputusan akhir dibuat. Proses tersebut ialah semakan latar belakang dan rujukan calon. Antara eleman yang biasa disemak ialah pengalaman kerja, pendidikan, rekod jenayah, dan laporan penilai.

6. KEPUTUSAN PEMILIHAN

Calon yang berjaya akan dihubungi melalui talian telefon atau surat. Biasanya organisasi di Malaysia menghantar surat terus kepada calon yang berjaya. Antara perkara utama yang terkandung dalam surat tawaran ialah:

  • Pampasan dan faedah
  • Syarat-syarat tawaran
  • Tarikh melaporkan diri
  • Tangga gaji

7. PEMERIKSAAN FIZIKAL

Calon yang menerima tawaran pekerjaan tersebut diminta untuk melakukan pemeriksaan perubatan di hospital kerajaan atau swasta. Tujuan utama pemeriksaan perubatan adalah untuk memastikan bahawa calon dalam keadaan sihat sebelum memulakan pekerjaan dengan organisasi baru.

8. LAPOR DIRI

Calon akan melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan. Kebiasaannya, pekerja baru akan menjalani kursus induksi yang dijalankan oleh organisasi. Induksi penting untuk memperkenalkan budaya kerja kepada pekerja baru. Antara perkara utama yang diperkenalkan ialah polisi syarikat, peraturan, matlamat, visi, pembangunan kerjaya dan tanggungjawab pekerja.

PENDEKATAN TEMUDUGA


PENDEKATAN TEMUDUGA


1.TEMUDUGA BERASASKAN KELAKUAN

Untuk melihat tingkah laku,gelagat dan perwatakan sebenar calon.


2.TEMUDUGA BERASAKAN KEPADA ISU

Kemampuan calon,mengupas dan menyelesaikan isu-isu dikemukakan.


3.TEMUDUGA BERASASKAN KUMPULAN

Untuk mencungkil bakat-bakat kepimpinan dan kerja berkumpulan.


4.TEMUDUGA BERASASKAN TEKANAN STRESS

Untuk melihat ketahanan diri calon dalam situasi–situasi yang tertentu.






OBJEKTIF PENEMUDUGA



Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.



Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga
Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :



  1. Kebolehan berkomunikasi yang baik .

  2. Mempunyai kelayakan yang relevan.

  3. Bersemangat.

  4. Berinisiatif .

  5. Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik.

  6. Berwatakan Menarik.


Terdapat lima perkara yang lazimnya ditanya penemuduga kepada kita


1.PENGUASAAN BAHASA KEDUA.


-Menunjukkan keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan individu yang berlainan budaya.



2.PENCAPAIAN TERBAIK.


-Tunjukkan pencapaian anda yang terbaik terutamanya dalam bidang kerja yang dipohon.



3.KEMAHIRAN TEKNIKAL.


-Kemahiran tertentu, yang menjadi nilai tambah kepada anda, yang dapat meningkatkan kualiti kerja yang dipohon.



4.IMEJ KENDIRI.


-Kekuatan diri sendiri, contohnya boleh bekerja dengan baik walaupun tanpa pengawasan. (Disiplin, Dedikasi, Konsisten)



5.PENGETAHUAN AM.


-Pengetahuan selain bidang kerja, menunjukkan anda peka terhadap perkembangan dunia sekeliling.





TEMUDUGA PEKERJAAN

TEMUDUGA PEKERJAAN



Tujuan utama temuduga sebenarnya ialah bukan untuk melihat tentang kelayakan akedemik calon, tetapi bertujuan untuk menilai kebolehan calon dalam berkomunikasi, perwatakan calon, dan pengetahuan. Calon yang dipanggil untk ditemu duga, bolehlah dikatakan telah layak dari segi akademiknya. Temuduga boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.




1)Perancangan Penemuduga


Sebelum temuduga dijalankan, pihak organisasi akan memastikan agar matlamat temu duga tercapai dan hanya calon yang terbaik akan dipilih.



· Menilai latar belakang calon


Panel menemuduga akan menilai calon dari segi pendidikan dan latar belakang. Ini bermakna, calon perlu bersedia dengan soalan yang akan ditanya berdasarkan semakan daripada pendidikan dan pengalaman calon.



span lang="SV" >· Mengemukan soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon


Panel biasanya akan bertanya soalan yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk huraian. Contohnya, jika calon untuk jawatan pengurus pemasaran, soalan yang ditanya ialah “ apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar jualan barangan?”.



· Mengemukan soalan yang tidak formal


Panel kadang-kadang akan bertanya pendapat calon tentang sesuatu isu yang di luar skop jawatan. Umpamanya, tentang isu-isu semasa. Calon akan dinilai sejauh manakan kepekaan dan pengetahuan tentang hal tersebut. Kegagalan memberikan jawapan yang baik akan memberi persepsi negatif kepada para panel.



· Huraian tentang kerja dan organisasi


Calon biasanya diminta menghuraikan serba-sedikit tentang kerja yang bakal dilakukan untuk menguji pemahaman calon terhadap jawatan yang dipohon. Panel juga biasanya akan menduga pengetahuan calon tentang organisasi yang dipohon seperti jawatan-jawatan utama, dan misi dan visi organisasi.






2) Sesi Temuduga

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa temuduga dijalankan ialah:

pperwatakan/penampilan


Penampilan calon akan dinilai bermula calon masuk ke bilik temuduga. Antaranya termasuklah kekemasan diri, cara berpakaian, bahasa badan, keyakinan diri. Penampilan ini menggambarkan personaliti calon dan ia memberi persepsi pertama kepada penemuduga. Persepsi pertama yang baik akan memberi kelebihan kepada calon tersebut.



· Berkomunikasi


Calon perlu membina suasana yang rapat dan mesra dengan ahli panel. Suasana ini perlu dibina bagi memecah suasana formal yang akan membuatkan komunikasi berjalan dalam keadaan tegang dan segan. Kemesraan ini memberi keselesaan kepada calon dan menghilangkan kegugupan, lalu calon mampu menjawab soalan dengan baik dan teratur.



· Kelayakan akademik dan pengalaman


Semasa sesi temuduga dijalankan, panel biasanya akan menyemak dan meneliti lebih terperinci tentang kelayakan akademik dan pengalaman calon. Ini untuk memastikan calon tersebut benar-benar sesuai dengan jawatan yang akan dipegangnya.



· Kesesuaian calon dengan organisasi


Semasa sesi temuduga, panel dapat menilai kesesuaian calon dengan organisasi tersebut. Ini dapat dilakukan melalui pertanyaan soalan-soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon. Ahli panel yang bijak akan dapat mengesan dan mengenal pasti calon dan seterusnya membuat keputusan pemilihan.







3) Kaedah Temuduga

Temuduga akan dikendalikan dengan beberapa kaedah, bergantung pada jenis jawatan yang dipohon. Antara kaedah yang biasa digunakan ialah temuduga seorang dengan seorang, temuduga berkumpulan dan temuduga panel.




  • Temuduga seorang dengan seorang

Kaedah ini biasanya digunakan untuk jawatan yang menjurus kepada bukan pengurusan seperti kerani, jurutaip, operator pengeluaran atau juruteknik.




  • Temuduga berkumpulan

Kaedah ini digunakan apabila terdapat ramai calon yang berkelayakan




  • Temuduga panel (board interview)

Kaedah ini mejuruk kepada seorang calon ditemuduga oleh beberapa orang wakil organisasi. Sesi temuduga sebegini memberi lebih tekanan kepada calon kerana terpaksa berhadapan dengan panel penemuduga secara berseorangan. Calon harus bijak mengawal suasana dan diri walaupun dalam keadaan tidak selesa. Jawatan yang dipohon bagi temuduga sebegini biasanya ialah jawatan profesional seperti jurutera, pensyarah, dan guru.



PENYEDIAAN RESUME

PENYEDIAAN RESUME

1. Jangan hantar resume tanpa surat pengenalan diri (CV)

2. Kemas & teratur. Taipkan. Jangan hantar yang fotostat.

3. Sedaya upaya buat dalam satu muka.

4. Tulis sendiri, jgn terlalu besarkan keupayaan diri.

5. Elakkan foto, lukisan. Mesti formal. Senang dibaca.

6. Fokus bidang kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon.

7. Gunakan nombor atau garisan supaya kemas.

8. Tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan.

9. Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tak penting.

10. Buat draf dulu dan minta beberapa orang periksa.

BUTIRAN-BUTIRAN PENTING DALAM RESUME.

  • ISI KANDUNGAN -Letakkan jika perlu.

  • ASAS -Jangan lupa tuliskan nama, alamat, nombor telefon dan sebagainya.

  • OBJEKTIF. -Matlamat kerjaya, dan kemahiran.

  • PENDIDIKAN. Text Color -Senaraikan semua kelulusan akademik

  • KEMAHIRAN KHUSUS. -Contohnya, Bahasa Asing, Komputer.

  • AKTIVITI. -Hobi, Kerja sukarela yang dilakukan.

  • PENGALAMAN KERJA. -Ingat, jangan sesekali memberi ulasan yang negatif tentang pengalaman kerja lepas.

  • RUJUKAN. -Sertakan nama individu yang boleh memberikan maklumat dan keterangan berkaitan diri anda. Contoh individu rujukan, Pengurus, Pensyarah.

PERKARA YANG MENGGAGALKAN TEMUDUGA

PERKARA-PERKARA YANG MENGGAGALKAN TEMUDUGA.

· Jawapan secara bersahaja seperti “a ah” dan sebagainya.

· Bercakap secara terlalu lembut dan terlalu perlahan.

· Memegang muka,mulut dan mengeliatkan kepala.

· Berpeluh secara berlebihan.

· Merokok atau berbau rokok.

· Mengunyah gula-gula getah .

· Mengoyangkan kaki dan bersilang kaki.

· Bermain dengan pensil atau pen.

· Bersiul.

· Menjegilkan mata.

· Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

· Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

· Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

· Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

· Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal .

· Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.

SUMBER:

Buku ’Panduan & Tips Temuduga’ terbitan Jabtan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, mukasurat 11.

TIPS-TIPS PEMAKAIAN




TIPS-TIPS PAKAIAN


1.TIPS UNTUK LELAKI.

  • Kemeja lengan panjang. -Pastikan kemeja yang dipakai bewarna cerah supaya nampak lebih bersih dan bertenaga.
  • Seluar panjang. - Seluar panjang bewarna gelap, elakkan memakai seluar khakis, atau cotton.
  • Tali leher yang sesuai. -Jangan memakai tali leher bewarna hitam kerana sesetengah budaya/ agama menganggap ia untuk berkabung, dan elakkan memakai tali leher gambar kartun.
  • Bertali pinggang. -Tali pinggang mestilah mengikut warna kasut (hitam, coklat gelap).
  • Mengenakan sut atau kot, jika perlu. -Ikut kesesuaian posisi kerja yang dipohon.
  • Jangan Memakai Subang, Gelang, Rantai, atau Bertatu. -Memberikan imej kurang sopan.
  • Rambut Kemas. -Potong jika rasa panjang, dan disisir rapi, serta jangan lupa bercukur supaya wajah lebih nampak bersih.


2.TIPS UNTUK PEREMPUAN.


  • Baju. -Baju kebangsaan, sut pejabat wanita, jika memakai skirt pastikan ia sama atau melebihi paras dengan lutut.
  • Hiasan. -Jangan terlalu melampau, dari segi solekan, wangian dan barangan kemas.
  • Warna. -Elakkan warna yang terlampau garang –‘striking’
  • Tas Tangan. -Saiz yang sesuai, bawa apa yang perlu sahaja, tas tangan mestilah kasual.
  • Rambut. -Rambut yang panjang diikat kemas dengan pengikat rambut atau sepit rambut warna hitam.


3.TIPS UMUM.


  • Jam Tangan. -Jam tangan yang casual, bertali besi atau kulit, warna yang tidak garang.
  • Pakai stoking -Wajib bagi lelaki dan perempuan.
  • Baju Kemas -Baju dibasuh, dan diseterika rapi.
  • Kasut Yang Sesuai. -Digilap, dan jangan pilih kasut yang bertapak terlalu keras-mengeluarkan bunyi kuat ketika berjalan.
  • Beg atau ‘Briefcase’ -Untuk menyimpan dokumen yang dibawa.








TIPS-TIPS PENTING

TIPS-TIPS PENTING

1.Bertemu Penemuduga.

Ketika masuk ke bilik ,ada beberapa cara yang betul untuk mengucapkan selamat bertemu dan bersalaman dengan panel penemuduga.

· Bangun dan berdiri tegak,kemudian hulurkan tangan dan berjabat salam bersama panel penemuduga.

· Berjabat salam secara lembut tetapi tegas.

· JANGAN sesekali berjabat salam secara longai dan tidak bertenaga.

· Berikan senyuman yang ringkas dan menarik.

Ucapkan “Selamat Pagi,Gembira dapat bertemu tuan/puan………,” dan akhiri dengan “Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang calon temuduga syarikat tuan…..”

Ketika temuduga berlangsung,gunakan masa dengan cara yang bijak untuk memperkenalkan diri anda dan seterusnya mewujudkan keserasian.

· Untuk tujuan ini,anda perlu pantas mencari topik-topik yang disukai oleh panel penemuduga.

· Caranya ialah dengan memerhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga untuk mendapatkan sedikit gambaran mengenai topik yang disukai.

· Jangan lupa untuk membawa bersama salinan resume ketika menghadiri temuduga.

2.Pertentangan Mata.

· Pastikan anda sentiasa bertentangan mata secara berhadapan dengan panel penemuduga .

· Jangan memperlekehkan panel-panel yang lain.

· Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentangan mata dengan panel penemuduga.

· Jangan sesekali melihat ke bawah.

· Sekiranya mendapati terlalu sukar untuk bertentangan mata dengan panel,cuba sedaya mungkin untuk memerhatikan hidung panel penemuduga tersebut.

3. Ekspresi Wajah.

]--· Perlu berwajah tenang dan sedikit senyuman.

4. Ekspresi Badan.

1.JEPUN

Cara Jepun lebih kurang sama dengan cara Amerika Selatan, tetapi mempunyai perbezaan ketara dari segi ‘Human Resource’ dan falsafah kerja. Terdapat tiga perkara yang diambil kira ketika mencari calon yang berkaliber.

Tidak Menilai Kebolehan Berbahasa Inggeris.

Boleh berbahasa Inggeris di Jepun, tidak semestinya boleh melakukan kerja yang berkualiti. Di Jepun, bahasa Inggeris bukanlah menjadi keutamaan. Biarpun anda graduan dari universiti terkenal di Amerika Syarikat, belum tentu anda akan diberi layanan istimewa.

Apa yang dilihat adalah bagaimana anda melakukan kerja yang diberi, dan bagaimana anda dapat menaikkan nama syarikat. Perkara ini tidak berlaku di Amerika Selatan, dan juga di Eropah. Negara-negara ini masih menitikberatkan kebolehan berbahasa Inggeris sebagai salah satu kriteria penting.

Budaya Kerja

Mereka menitikberatkan kerja kumpulan. Dan budaya kerja di sana jarang mementingkan diri sendir. Sebagai contoh, jika Mr.Suzuki berjaya menaikkan keuntungan syarikat sebanyak 40%, dia akan melibatkan semua pekerja yang terlibat dalam proses kerja tersebut, sebagai menghargai jasa ahli-ahli kumpulan.

Jepun juga sangat menitikberatkan autoriti di dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, calon temuduga kadangkala akan menjawab ‘faham’ walaupun sebenarnya dia tidak faham apa yang diperkatakan oleh penemuduga. Mereka menganggap bahawa penemuduga adalah seorang yang berkuasa dan patut dihormati.

Memahami Cara Komunikasi.

Jarak individu sangat penting di Jepun. Penemuduga jarang berdiri atau duduk terlalu rapat dengan calon, kerana ini akan membuatkan masing-masing akan berasa kurang selesa.

2.CHINA

Seperti Jepun, China juga mementingkan ketepatan masa. Kita juga perlu bersedia dengan segala maklumat tentang syarikat yang menemuduga. Bila bertemu penemuduga pula pastikan menyebut namanya dengan penuh (termasuk nama keluarga). Disamping itu jangan lupa menyebut MR, MRS, atau MS.

Perkara yang paling penting di China adalah kita perlu bersedia untuk berbahasa cina, kerana jarang sekali temuduga dijalankan di dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, perlu ada pengetahuan tentang budaya di China dan budaya masyarakat setempat mereka.

Tentang pakaian pula, China tidak terlalu mementingkan pakaian yang lengkap. Contohnya, memakai kemeja dengan leher terbuka (tanpa tali leher), adalah diterima ketika musim panas. Selagi mana ia kemas, ia akan diterima.

3. RUSSIA

Russia adalah satu negara yang sangat mementingkan budaya, tradisi dan sejarah negara mereka. Mereka akan lebih tertarik jika anda tahu berkenaan komposer, pelukis atau fakta

sejarah mereka. Pengetahuan tambahan ini sangat diberi penghargaan.

Di Russia, biasanya terdapat lebih daripada satu peringkat temuduga iaitu, selepas temuduga dengan pengurus sumber manusia, anda akan ditemuduga oleh pengurus jabatan atau penyelia pula.

Ketika menjawab soalan, elakkan menggunakan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Mesti memberi jawapan dengan mengulas sedikit dengan menggunakan ayat sendiri.

SUMBER:

1. Interviewing in Japan

http://findarticles.com/p/articles/mi_m3495/is_n8_v43/ai_20897600/pg_5?tag=content;col1 –diperolehi pada 13 Mac 2009

2. Chinese job interview

http://www.jobera.com/job-interviews/international-job-interviews/china/chinese-job-interview.htm - diperolehi pada 13 Mac 2009

3. Russian job interview

http://www.jobera.com/job-interviews/international-job-interviews/russia/russian-job-interview.htm -diperolehi pada 13 mac 2009